Thursday, April 7, 2011

Proton mahu atasi Perodua

Posted by rinsaq 7:00:00 PM, under ,, | No comments

PROTON berhasrat mengatasi Perodua danmerebut kembali kedudukannya sebagai pembuat kereta yang meraih jualan tertinggi di negara ini, melalui keyakinan pengguna yang semakin kukuh, rangkaian yang bertambah baik, strategi produk dan penetapan harga.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (gambar) berkata, pada keseluruhannya, Proton menyasarkan mencapai jualan tujuh hingga lapan peratus lebih tinggi daripada tahun lalu dan berusaha mencapai sekurang-kurangnya 10 peratus berbanding sembilan peratus pada 2010.


“Jualan domestik berkembang setiap tahun, itu satu petanda baik. Kami akan mengatasi perkembangan industri. Kami bertambah baik, semua pihak juga bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas mengalu- alukan ketibaan PasukanGP Lotus Renault dan media bagi lawatan ke kilang pengeluaran utama Proton di Shah Alam, semalam.

Proton, pembuat kereta nasional yang menguasai pasaran tempatan sejak 1985 hilang penguasaan pasarannya kepada Perodua pada 2006 iaitu satu lagi pembuat kereta tempatan.


Tahun lalu, Proton menjual 157,274 kereta manakala Perodua mencatatkan jualan tertinggi dalam sejarahnya, sebanyak 188,641 unit.


Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Proton dan Perodua masing-masing menjual 27,365 dan 27,713 kereta pada Januari dan Februari tahun ini.

Zainal Abidin berkata, Proton akan memberi penekanan kepada kualiti dan memulakan kempen pemasaran agresif untuk mempromosi model sedia ada dan memperkenalkan lebih banyak variasi untuk meningkatkan jualan.


Beliau berkata, Proton akan memperkenal enjin turbo baru bagi model Exora dan Saga baru serta edisi Inspira tahun ini di samping menghasilkan model baru tahun depan sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya.


“Kami akan mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia dan institusi kewangan,” katanya.


Sumber : myMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...