Sunday, April 24, 2011

Messi lakar sejarah

Posted by rinsaq 6:10:00 PM, under ,, | No comments

MADRID - Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi mencipta sejarah ter- sendiri apabila menjadi pemain pertama yang berjaya meledak 50 gol dalam satu musim pada saingan Liga Sepanyol.

Messi menjaringkan gol itu pada minit ke-86 ketika membantu Barcelona mencatat keme- nangan 2-0 ke atas Osasuna kelmarin.

Kemenangan itu turut mengukuhkan kedudukan Barcelona di persada Liga Sepanyol dengan kelebihan lapan mata di depan pencabar terdekat, Real Madrid yang membelasah Valencia 6-3.

Terdahulu, Messi telah menyamai rekod 49 gol yang menjadi milik pemain legenda Real Madrid, Ferenc Puskas apabila menjaringkan gol ketika Barca seri 1-1 dengan Real pada 16 April lalu.

Kini Messi telah menjaringkan 31 gol dalam saingan liga, sembilan (Liga Juara-Juara), tujuh (Piala Raja Sepanyol) dan tiga (Piala Super Sepanyol).

Kejayaan Messi ini dilihat mampu menyuntik semangat para pemain Barca menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Santiago Bernabeu pada awal pagi Khamis ini.

Pada Rabu lalu, impian Barcelona untuk merangkul gelaran treble berke- cai selepas tewas 0-1 kepada Real pada aksi final Piala Raja Sepanyol.

Meskipun jurulatih Barcelona, Pep Guardiola mendedahkan tumpuan utama pasukan itu adalah memenangi gelaran Liga Sepanyol, beliau telah meletakkan Messi, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta di bangku simpanan pada aksi menentang Osasuna.

"Ia bukan persembahan terbaik kami. Osasuna sering kali menjadi pasukan yang sukar dan kami mempunyai pemain yang tidak bermain dengan kerap," kata Guardiola.

"Penting untuk David Villa menjaringkan gol pada perlawanan ini bagi meningkatkan keyakinannya.

"Sekiranya kami pergi di Bernabeu untuk bermain secara bertahan, mereka akan mengambil kesempatan. Kami perlu pergi dan menjaringkan gol meskipun para pemain kami bergelut dengan masalah kecederaan.

"Buat masa ini, tidak ramai yang memberi sokongan kepada kami kerana Real bermain dengan lebih baik." - AFP


Sumber : Kosmo!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...