Showing posts with label Liga Juara-Juara. Show all posts
Showing posts with label Liga Juara-Juara. Show all posts

Monday, May 30, 2011

RAJA EROPAH

Posted by rinsaq 1:53:00 AM, under ,,, | No comments

RAJA EROPAH...skuad Barcelona bersama trofi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan United di Stadium Wembley, semalam.
RAJA EROPAH...skuad Barcelona bersama trofi Liga Juara-Juara Eropah selepas
menewaskan United di Stadium Wembley, semalam.

BARCELONA: Lebih 100,000 penyokong membanjiri jalanan sekitar Barcelona sambil melaungkan 'Juara, juara', selepas Barca menundukkan Manchester United 3-1, sekali gus menjulang gelaran Liga Juara-juara, awal pagi semalam.

Dianggarkan 35,000 penyokong hadir memberi sokongan di pusat bandar Triumphal Arch, dengan menonton siaran langsung saingan penentuan di Stadium Wembley, London.


Mereka berteriak gembira, melepaskan bunga api dan menjulang replika trofi kemenangan meraikan gol pertama disumbang Pedro Rodriguez, disusuli gol Lionel Messi dan David Villa yang memastikan kemenangan.

Seluruh bandar meraikan kemenangan gamat dengan bunyian hon kenderaan dan trumpet, sejurus selepas wiset penamat. Malah, mereka turut membakar bunga api dan mercun di balkoni rumah masing-masing.


Penyokong melaungkan 'Barca! Barca!' dengan lengkap mengenakan jersi pasukan Barcelona dan mengibarkan bendera.


Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique meraikan pasukannya di laman sosial Twitter dan berkata, mereka akan ke konsert penyanyi popular, Shakira yang juga teman wanitanya.

“Juara, Juara! Terima kasih yang tidak terhingga. Esok di Barcelona dan kita akan meraikannya di konsert Shakira, di Stadium Olimpik,” katanya yang dipetik di Twitter.

Pique yang juga bekas pemain Manchester United, berkenalan dengan Shakira tahun lalu ketika turut serta dalam penggambaran klip video penyanyi itu, 'Waka Waka (This Time for Africa)', iaitu lagu rasmi pusingan akhir Piala Dunia 2010 yang menyaksikan Sepanyol bergelar juara.

Sementara itu, di sekitar kawasan kelab malam Paralelo, penyokong membanjiri setiap bar dan menonton siaran langsung yang disiarkan di kaca televisyen.


Sejurus saingan tamat, mereka berlari ke pusat bandar, menuju ke air pancut Canaletas, iaitu lokasi kebiasaan buat penyokong Barcelona meraikan kemenangan terbesar mereka. - AFP

Sumber : myMetro

Sunday, May 22, 2011

Liverpool cabar United


DALGLISH masih menganggap Liverpool memiliki rekod cemerlang berbanding United di pentas Eropah.


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish secara sinis mencabar musuh tradisi mereka, Manchester United supaya menyamai terlebih dahulu rekod lima gelaran Liga Juara-Juara yang dimenangi skuad The Reds.

Peringatan dibuat Dalglish itu dibuat menjelang aksi final Liga Juara-Juara menemukan United dan Barcelona di Stadium Wembley pada awal pagi Ahad ini.

Bagi Dalglish, sekiranya United muncul juara Liga Juara-Juara musim ini, kelab tersebut masih kurang satu kejuaraan berbanding rekod lima kejuaraan yang dimiliki Liverpool.

"Jika penyokong United boleh membawa kain rentang yang tertulis perkataan 'United juara 19 kali' di Anfield minggu lalu, mungkin kami boleh bawa kain rentang tertulis lima kejuaraan Eropah milik Liverpool ke Old Trafford musim depan.

"Pada saya, tak kiralah apa yang difikirkan oleh United. Bagi saya, Liverpool tetap kelab paling penting buat jutaan penyokong di seluruh dunia.

"Sama seperti Everton yang menjadi kelab penting untuk sesetengah orang.

"Apabila terdapat seseorang yang meletakkan kami sebagai kayu pengukur untuk mencapai sesuatu kejayaan, kami tak percaya yang kami ini sebuah kelab yang teruk.

"Kami rasa kami perlu meletakkan ketetapan yang betul untuk terus maju. Kami mahu meningkat pada tahun ini dan kami akan cuba mencapainya selepas ini," kata Dalglish.

Minggu lalu, rekod 18 kejuaraan Liga Perdana England milik Liverpool telah dipecahkan oleh United apabila mereka mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-19 musim ini.


Sumber : Kosmo!

Tuesday, May 3, 2011

Barcelona ke final singkir Real

Posted by rinsaq 10:29:00 PM, under ,,, | No comments


LONDON: Barcelona menepati ramalan apabila layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi.

Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai kelebihan dua gol di tempat lawan minggu lalu mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-54.

Real bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Marcelo 10 minit kemudian.
Ini bermakna Barcelona akan bertandang ke final di Stadium Wembley, England, 28 Mei ini bagi bertemu sama ada Manchester United atau Schalke 04' yang ditentukan esok.

Minggu lalu, United menang ke atas Schalke 2.

Sumber : bharian

Wednesday, April 27, 2011

Barca Belasah Real Madrid 2-0

Posted by rinsaq 11:29:00 PM, under ,, | No comments

PEMAIN Terbaik Dunia, Lionel Messi menjadi wira Barcelona apabila menjaringkan dua gol kemenangan pada saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (CL) yang berlangsung di Bernabeu, awal pagi Khamis.

Dua jaringan lewat Messi itu memastikan bekalan selesa buat Barca, yang akan melayan kunjungan pasukan kendalian Jose Mourinho itu minggu dalam saingan kedua.

Real bernasib malang kerana terpaksa beraksi dengan hanya sepuluh pemain setelah Pepe diperintah keluar padang kerana terjahan keras yang dilakukan ke atas Dani Alves.

Sementara itu, Barca dilihat menguasai hampir separuh perlawanan, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Pepe, dan Messi terus menunjukkan kemahiran tersendiri apabila menyudahkan hantaran lintang Ibrahim Afellay pada minit ke-76.

Manakala gol kedua pada minit ke-87 menyaksi Messi semakin sukar disekat apabila berjaya menewaskan benteng pertahanan Barca sebelum penjaga gol Real, Iker Casillas gagal menyelamatkan tendangan Messi.

Lebih malang, pengurus Real, Mourinho diarahkan beredar ke tempat penonton selepas membantah keputusan pengadil yang dibuat ke atas Pepe, manakala penjaga gol simpanan Barca, turut dilayangkan kad merah kerana gagal mengawal perasaan.


Sumber : mStar

Terbaik di Eropah

Posted by rinsaq 11:02:00 PM, under ,, | No comments


ROONEY (kanan) berjaya menjaringkan satu gol ketika United menang 2-0 ke atas Schalke awal pagi semalam.


LONDON - Alex Ferguson memuji persembahan Manchester United selepas menang 2-0 atas Schalke 04 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Veltins Arena awal pagi semalam.

Ferguson berkata, persembahan pasukan tersebut adalah antara yang terbaik di Eropah sepanjang 25 tahun dia menggendalikan skuad The Red Devils itu.

Malah, ia turut dianggap berjaya menyamai persembahan pasukan itu ketika menewaskan Juventus 3-2 pada tahun 1999 meskipun pada suatu ketika mereka ketinggalan 0-2, sekali gus mara ke final.

"Kemenangan yang kami catat ketika menewaskan Juventus masih lagi dianggap terbaik tetapi persembahan hari ini (awal pagi semalam) juga sudah boleh dianggap berjaya menyamainya.

"Saya sangat berpuas hati. Pemain-pemain memang wajar diberikan pujian berdasarkan kepercayaan serta persefahaman di antara mereka," kata Ferguson.

Pada aksi awal pagi semalam, jaringan Ryan Giggs pada minit ke-67 dan Wayne Rooney dua minit kemudian sudah cukup untuk memberikan United bekalan selesa sebelum melayan kunjungan Schalke 04 pada aksi kedua di Old Trafford minggu depan.

Skuad The Red Devils juga mencipta rekod tersendiri apabila menjadi kelab pertama dalam sejarah saingan Liga Juara-Juara yang belum pernah dibolosi setiap kali beraksi di tempat lawan.

"Fokus adalah antara perkara penting setiap kali kamu beraksi di tempat lawan.

"Kami menemui corak permainan seperti ini setiap kali beraksi di tempat lawan sejak beberapa tahun sejak kebelakangan ini dan nampaknya ia memberikan hasil yang positif.

"Kini, kami dilihat beraksi lebih baik jika dibandingkan dengan kelab-kelab Eropah yang lain. Persembahan kami memang suatu yang menakjubkan," jelas Ferguson. - Agensi


Sumber : Kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...