Wednesday, August 17, 2011

Messi Nadi Kemenangan Barcelona.

Posted by rinsaq 7:05:00 PM, under ,, | No comments

BARCELONA 18 Ogos - Penyerang bintang Argentina, Lionel Messi meledak dua gol bagi memastikan kemenangan 3-2 Barcelona menentang musuh ketatnya, Real Madrid dalam perlawanan kedua Piala Super Sepanyol, awal pagi tadi.


Barcelona menjuarai piala bagi menandakan permulaan musim baru bola sepak liga Sepanyol dengan agregat 5-4.

Bagaimanapun, permainan sedikit terjejas bagi kedua-dua pasukan apabila tiga pemain diarah keluar padang - Marcelo dan Mesut Ozil dari Real Madrid manakala David Villa dari Barcelona.

Permainan Barcelona bagaimanapun jauh daripada kemampuan sebenar mereka sebelum ini dengan permainan agak goyah dan kurang penghantaran bola berbisa.

Namun Andres Iniesta meletakkan Barca di depan pada minit ke-14 sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan lima minit kemudian, sekali gus merayakan gol ke-100 dengan memakai jersi Real Madrid.

Messi, yang menjadi tunjang utama kembali menyinar apabila menyumbat gol pada minit terakhir separuh masa pertama.

Real kembali menyamakan kedudukan menerusi penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema pada minit ke-81.
Ketika permainan menghampiri masa penamat, Messi sekali lagi menjadi duri dalam daging Real apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-87.

Bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas memulakan aksi sulungnya dengan Barca ketika permainan hampir tamat dan selang beberapa minit Marcelo diperintah keluar padang apabila mengasari Fabregas. - AFP




Sumber : KLpos.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...