Tuesday, March 29, 2011

Apa Itu Futsal?

Posted by rinsaq 11:55:00 PM, under ,,, | No comments


Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.

PERALATAN DAN KEPERLUAN

• Gelanggang Futsal adalah versi
mini bola sepak sebesar gelanggang
bola balingan dan boleh disesuaikan.

Follow up:

• Permukaan gelanggang biasanya
menggunakan rumput sintetik,
alas sintetik, lantai parquet atau
simen yang boleh menyerap lantunan.

Bola Futsal
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
• Size 4 untuk dewasa
• Size 3 untuk junior
• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.
• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.
Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)
• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat
daripada bahan getah supaya sesuai dengan
semua permukaan gelanggang untuk cengkaman
yang kuat.
• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap
pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.
• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah.

Gelanggang


BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

BOLA SEPAK
• Bola Saiz 5
• 11 pemain
• 3 gantian
• Balingan ke dalam
• Pengadil Utama dan 2 Pengadil Garisan
• Masa permainan dijaga oleh pengadil utama
• 45 minit separuh masa
• Tendangan Gol (Goal Kick)
• Undang-undang offside
• Kesalahan tidak terhad
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang ditendang semula kepadanya
• Tiada gantian untuk pemain yang dibuang padang
• Tendangan sudut di garisan “arc”

FUTSAL
• Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 5 pemain
• Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
• Sepakan ke dalam
• Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
• Masa dijaga oleh penjaga masa
• 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
• Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
• Peraturan 4 saat untuk mula main
• 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara kalipun termasuk dengan kepala atau dada.
• Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.
• Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.

sumber : Futsal

Lelaki 39 isteri

Posted by rinsaq 11:24:00 PM, under ,,,, | No comments

RAMAI... keluarga besar Ziona Chana mempunyai 181 ahli



ZIONA Chana adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia — dan dia berasa hidupnya ‘sangat diberkati’ kerana mempunyai 39 isteri.

Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.

Chana, 66, memberitahu akhbar The Sun: “Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia mengurniakan saya begitu ramai insan untuk saya lindungi.

LUAS...ruang dalam kediaman empat tingkat keluarga Chana, 'Chhuantthar Run' (rumah generasi baru)
BESAR... kediaman Chana di kawasan berbukit Desa Baktwang mempunyai 100 bilik

BANYAK... isteri Chana menunjukkan sejumlah besar bahan mentah yang diperlukan untuk masakan hidangan makan malam keluarga itu.


“Saya menganggap diri ini sungguh bertuah kerana menjadi suami kepada 39 wanita dan pemimpin keluarga paling besar di dunia.” Keluarga itu diuruskan dengan penuh disiplin dan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti membasuh, memasak dan mengemas rumah.


Zathiangi, 69, bertanggungjawab membahagi-bahagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chana yang lain, anak perempuan dan menantunya.

Setiap hari ada longgokan baju setinggi gunung menanti untuk dibasuh — dan semuanya perlu dibasuh dengan tangan.

Penyediaan makan malam pula memerlukan 30 ekor ayam, 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk dimasak.

Selain menjadi ketua keluarga, Chana adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan.

Chana yang dipanggil ‘Ka pa’ atau bapa oleh keluarganya mengahwini Zathiangi ketika dia berusia 17 tahun.

Dia adalah pewaris pemimpin kepada fahaman Chana yang percaya satu masa kelak mereka akan memerintah dunia bersama Jesus Christ.

Fahaman yang mendapat nama daripada datuk Chana iaitu Challian Chana itu membenarkan pengikut lelakinya berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang mereka ingini.

Namun, ketika zaman kecilnya, Chana percaya dia tidak akan berkahwin sambil berkata: “Bapa saya mempunyai tujuh isteri dan tanggungjawab menjaga ketujuh-tujuh isteri adalah cabaran yang berat buat bapa.

“Apabila melihat dia dikelilingi wanita setiap masa, keadaan itu mematahkan hasrat saya untuk berkahwin. Namun, kehendak saya tidak sama dengan kehendak tuhan.” Kini Chana membahagi-bahagikan masanya bersama semua 39 isterinya — dia berkahwin dengan isteri terbarunya tahun lalu.

Dia juga mengahwini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangan dan tidur di katil besar, manakala semua isterinya perlu berkongsi di dalam satu bilik tidur seperti bilik asrama.

Dia membiarkan isteri barunya tidur berhampiran bilik tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan masa bersama Chana di bilik tidurnya.

Rinkmini, 35, seorang daripada isteri Chana berkata: “Kami selalu berada dekat dengannya kerana dia orang paling penting di rumah ini. Dia juga lelaki paling kacak di desa ini.” Dia berkata, Chana melihatnya berjalan pada satu pagi di desa itu kira-kira 18 tahun lalu sebelum menulis surat menyatakan hasrat untuk mengahwininya.

Seorang lagi isteri, Huntharnghanki berkata, hubungan antara semua ahli keluarga itu sangat baik. Sistem yang diamalkan dalam keluarga itu berdasarkan kepada kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Chana yang mempunyai 4,000 pengikut berkata, dia tidak akan berhenti daripada mencari isteri baru untuk dikahwini.

“Bagi meluaskan fahaman kepercayaan Chana, saya rela ke Amerika Syarikat sekalipun untuk berkahwin,” katanya.

Anak lelaki sulong Chana, Parliana, 50, berkata bapanya berkahwin dengan ramai wanita supaya dapat menjaga mereka.

Dia menegaskan: “Kebanyakan wanita yang dikahwini bapa saya adalah penduduk miskin dan yatim piatu di desa ini. Dengan mengahwini mereka, dia menjadi contoh terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.

“Dia bukan saja ketua keluarga ini tetapi juga pemimpin kepada 4,000 pengikut fahaman Chana. Datuk saya pindah ke desa ini dan membangunkan masyarakatnya. Sejak itu, bapa saya meneruskan amanat datuk dan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di sini.

“Tugas mendidik adik saya sungguh berat, tetapi kami semua gembira dan mempunyai kehidupan baik. Dengan menyokong tugas bapa, saya rasa dekat dengan tuhan.” Parliana turut mengikuti jejak langkah bapanya walaupun dia perlu belajar lebih banyak perkara untuk menjadi pemimpin Chana.

Buat masa ini, dia mempunyai dua isteri dan 13 anak.


sumber : myMetro

Neymar diburu Chelsea

Posted by rinsaq 11:00:00 PM, under ,,, | No comments

LONDON - Penyerang muda Brazil, Neymar menjadi buruan Chelsea pada musim panas ini dengan nilai £30 juta (RM145.6 juta) bagi menggantikan Didier Drogba.

Chelsea sebenarnya sudah mengintai kelibat Neymar yang menjaringkan dua gol ketika membantu Brazil menewaskan Scotland 2-0 di Emirates, Ahad lalu sejak dari musim lalu.

Bagaimanapun, hajat Chelsea untuk mendapatkan penyerang berusia 19 tahun tersebut yang mengenakan imej rambut Mohican, tertangguh kerana dia dihantui masalah kecederaan ketika itu.

Sejak pulih, pemain kelab Santos itu sudah berjaya membuktikan semula tahap kecergasannya.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sudah bersedia untuk menggandingkan Neymar dengan Fernando Torres yang dibeli dengan harga £50 juta (RM242.7 juta) manakala Drogba, 33, pula bakal dijual.

Abramovich melihat Neymar sebagai pemusnah berbahaya di dalam kotak penalti berdasarkan rekod 59 gol yang dijaringkannya sepanjang hanya 119 perlawanan bersama Santos.

Pada Jun tahun lalu, seramai 14,000 penyokong Brazil telah menandatangani petisyen mendesak jurulatih Brazil, Dunga untuk menyenaraikan Neymar bagi Piala Dunia 2010 tetapi ia tidak dilayan Dunga.

Kini dengan usia dan tahap kecergasan Drogba mula diragui, Neymar dilihat sebagai individu paling sesuai untuk mengisi tempat penyerang Ivory Coast itu di Stamford Bridge.

Dalam pada itu, Neymar memberitahu bahawa dia tidak akan membuat laporan berhubung isu perkauman setelah dia dibaling pisang oleh para penyokong Scotland tempoh hari.

"Ia sudah berlalu. Saya sudah pun melupakannya. Cuma saya berharap sesiapa yang melakukannya akan berfikir semula dan tidak mengulanginya," kata Neymar. - Agensi

INFO
NAMA PENUH: Neymar da Silva Santos Junior
TARIKH LAHIR: 5 Februari 1992
TEMPAT LAHIR: Mogi das Cruzes, Brazil
TINGGI: 1.74 meter
POSISI: Pemain sayap, penyerang
KELAB SEMASA: Santos
NOMBOR JERSI: 11
KARIER REMAJA:
* 2003-2009 Santos
KARIER SENIOR:
* 2009-kini Santos (64 perlawanan, 27 gol)
PASUKAN KEBANGSAAN:
* 2009 Brazil B-17 (3 perlawanan, 1 gol)
* 2011 Brazil B-20 (7 perlawanan, 9 gol)
* 2010-kini Brazil (3 perlawanan, 3 gol)


Sumber : myMetro dan Kosmo! Online

Saturday, March 26, 2011

Indahnya Kampung Kami Dulu

Posted by rinsaq 6:30:00 AM, under ,,, | No comments

Inilah keadaan kampung kami dulu sebelum dipindahkan......










Walaupun serba kekurangan namun kami hidup harmoni









Kami rindukan suasana kampung yang dulu......

Friday, March 18, 2011

Musibah berkembar di Jepun

Posted by rinsaq 4:25:00 AM, under ,, | No comments

Gempa Bumi Terbesar yang menghasilkan tsunami di Jepun berlaku di barat Lautan Pasifik, iaitu 130 kilometer (81 batu) Timur Sendai , Honshu. Gempa bumi itu menyebabkan berlakunya tsunami setinggi 10 meter. Gempa bumi itu sangat kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.






















Jumlah rasmi kematian terkini musibah berkembar di Jepun dicatatkan melebihi 4,300 nyawa, manakala lebih 8 ribu yang lain dilaporkan masih hilang.

Juga terdapat sumber mengatakan jumlah mangsa yang belum ditemui meningkat kepada 13 ribu orang pada hari ke lima selepas bencana.

Ratusan pasukan penyelamat tempatan dan antarabangsa meneruskan usaha mencari dan menyelamat.

Salji tebal dan cuaca sejuk melampau menyukarkan operasi serta memburukkan keadaan mangsa selamat yang kini sedang bergelut krisis kesihatan dan makanan.

Di bandar Kamaishi, wilayah Iwate, antara lokasi paling terjejas akibat gempa 9.0 skala Richter itu, pasukan penyelamat gagal menemui mangsa yang masih hidup di bawah sisa runtuhan.

Situasi sama turut berlaku di bandar Ofunato.

Di bandar Ishinomiaki, ratusan mayat ditempatkan di bilik mayat sementara untuk pengecaman identiti oleh pihak berkuasa atau ahli keluarga.



sumber

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Tsunami_Di_Jepun_Lebih_Banyak_Mayat_Ditemui.html

Wednesday, March 2, 2011

PERIKSA SAMAN CARA MUDAH

Posted by rinsaq 6:36:00 PM, under ,,, | No comments

Salam 1Malaysia semua........ sempena diskaun 50% pembayaran saman Polis Trafik ini, aku nak bagi tahu kepada yang belum tahu.......yang dah tahu tahniah kerana dah bayar......kalau belum tu cepat-cepat pergi bayar.......

Ok kepada siapa-siapa yang masih tidak tahu sama ada dia, ibubapa, kakak, abang dan saudara-maranya ada saman atau tidak...... ataupun masih tidak tahu bagaimana nak periksa saman...... nah inilah cara paling mudah dan cepat.

Bagaimana caranya? Ok caranya..... ambil handset anda dan hantar sms. Panduan sms adalah seperti berikut:


taip sms : POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN]/[NO KENDERAAN] hantar kepada 15888

contoh : POLIS SAMAN 911809105110 hantar kepada 15888

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail ,

taip sms : POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN]/[NO KENDERAAN] [EMAIL ANDA] , hantar kepada 15888




Selamat periksa saman Polis Trafik anda.... kalau yang ada saman tu cepat-cepat bayar yer.....masih ada diskaun 50% sehingga 10 Mac 2011 ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...