Sunday, May 22, 2011

Ronaldo di puncak kejayaan

Posted by rinsaq 10:10:00 PM, under ,,, | No comments

MADRID - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya memecah rekod penjaring terbanyak Liga Sepanyol dengan meledak keseluruhan 40 gol.

Pada aksi terakhir liga di Santiago Bernabeu awal pagi semalam, Ronaldo meledak dua gol untuk membantu Real membelasah Almeria 8-1 dengan baki enam lagi gol di- sumbang oleh Emmanuel Adebayor (tiga), Karim Benzema (dua) dan Joselu (satu).

Sebelum turun beraksi, Ronaldo berkongsi rekod jaringan terbanyak 38 gol yang dilakukan bekas pemain Athletic Bilbao, Telmo Zarra pada 1951 dan le- genda Real, Hugo Sanchez (1990).

Dengan kejayaan menyumbat 40 gol pada saingan Liga Sepanyol musim ini, Ronaldo buat pertama kali berjaya merangkul anugerah Pichichi selaku penjaring terbanyak.

Ia pastinya sedikit mengubat kekecewaan Ronaldo yang hanya mampu merangkul satu piala iaitu juara Piala Raja-Raja Sepanyol musim ini setelah dia beraksi dua musim bersama Real.

"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang membantu usaha mendapatkan 40 gol ini. Anugerah Pichichi ini ditujukan kepada mereka dan juga semua penyokong Real.

"Biarpun musim ini tidak begitu memihak kepada kami, jurulatih mahu kami menjaringkan banyak gol supaya kami dapat memulakan musim depan dengan penuh harapan.

"Menjaringkan 102 gol dalam semusim sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tidak mustahil ia mampu diulangi musim depan tetapi memang ia cukup sukar," kata Ronaldo.

Sementara itu, tiga pasukan yang tersingkir daripada saingan Liga Sepanyol musim depan ialah Deportivo La Coruna, Hercules dan Almeria. - AFP


Sumber : Kosmo!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...