Wednesday, January 26, 2011

RINSAQ

Posted by rinsaq 4:52:00 AM, under | No comments

Apa tu rinsaq?

Rinsaq sebenarnya bermaksud heboh, riuh dan kecoh. Kalau maksudnya dicari dalam kamus dewan bahasa dan pustaka atau kamus oxford pasti anda tidak akan dapat menjumpainya, ini kerana rinsaq diambil dari perkataan suku kaum bajau pantai barat Sabah (pantai barat kota kinabalu). Jadi jomo sama jo ngerati (orang bajau saja yang faham).

Rinsaq bagi kami adalah keseronokan di dalam melakukan sesuatu kerja dan amal. Pada mulanya kami hanya mereka design perkataan untuk dibuat pada baju sahaja, tetapi setelah kawan-kawan melihat design perkataan rinsaq menarik dipandang dan semacam ada kekuatan tersendiri untuk dibentuk menjadi nama kelab. Kami tidak menyangka ramai orang mahu nama rinsaq menjadi nama kelab. Penyertaan ahli yang menggalakkan dari hari ke hari serta ditambahkan kesungguhan, kerjasama, dan usaha yang gigih dikalangan ahli membuatkan kelab rinsaq berjaya ditubuhkan pada Oktober 2007.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...