Wednesday, August 17, 2011

Messi Nadi Kemenangan Barcelona.

Posted by rinsaq 7:05:00 PM, under ,, | No comments

BARCELONA 18 Ogos - Penyerang bintang Argentina, Lionel Messi meledak dua gol bagi memastikan kemenangan 3-2 Barcelona menentang musuh ketatnya, Real Madrid dalam perlawanan kedua Piala Super Sepanyol, awal pagi tadi.


Barcelona menjuarai piala bagi menandakan permulaan musim baru bola sepak liga Sepanyol dengan agregat 5-4.

Bagaimanapun, permainan sedikit terjejas bagi kedua-dua pasukan apabila tiga pemain diarah keluar padang - Marcelo dan Mesut Ozil dari Real Madrid manakala David Villa dari Barcelona.

Permainan Barcelona bagaimanapun jauh daripada kemampuan sebenar mereka sebelum ini dengan permainan agak goyah dan kurang penghantaran bola berbisa.

Namun Andres Iniesta meletakkan Barca di depan pada minit ke-14 sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan lima minit kemudian, sekali gus merayakan gol ke-100 dengan memakai jersi Real Madrid.

Messi, yang menjadi tunjang utama kembali menyinar apabila menyumbat gol pada minit terakhir separuh masa pertama.

Real kembali menyamakan kedudukan menerusi penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema pada minit ke-81.
Ketika permainan menghampiri masa penamat, Messi sekali lagi menjadi duri dalam daging Real apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-87.

Bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas memulakan aksi sulungnya dengan Barca ketika permainan hampir tamat dan selang beberapa minit Marcelo diperintah keluar padang apabila mengasari Fabregas. - AFP




Sumber : KLpos.com

Tuesday, August 9, 2011

Jiwa muda United

Posted by rinsaq 10:55:00 PM, under , | No comments


pix_middle

INILAH generasi baru pemain Manchester United yang bakal menggegar Liga Perdana Inggeris dan ia sudah cukup membuat rambut baru Wayne Rooney kembali beruban.

Pengurus Old Trafford, Alex Ferguson memberikan bayangan masa depan skuad itu di Wembley ketika perlawanan Perisai Komuniti yang mendebarkan, dengan kemenangan ke atas jiran mereka, Manchester City.

Beliau membawa masuk pemain muda seperti Tom Cleverley, Phil Jones dan Danny Welbeck. Mereka membalasnya dengan aksi menakjubkan menerusi kepantasan dan bakat yang dimiliki mereka.

Fergie mula memperkenalkan lebih ramai bakat muda dalam skuad United yang dimilikinya, malah pengendali pasukan berusia 69 tahun itu kini boleh menamakan skuad generasi baru yang mungkin dicemburui kebanyakan pasukan Liga Perdana Inggeris.


Menariknya, setiap pemain berusia 24 tahun ke bawah, jadi tiada ruang buat Wayne Rooney, Rio Ferdinand atau Nemanja Vidic.

Malah pemain sayap England, Ashley Young pada usia 26 tahun juga terlepas daripada perhatian.

Dengan pemain seperti Nani yang menjadi bintang di Wembley, Ahad lalu serta Javier Hernandez untuk dipilih, siapa perlukan pemain veteran lagi.

Masukkan pula pemain muda seperti Chris Smalling, David de Gea dan kembar Da Silva, United kini boleh membentuk pasukan yang digeruni ketika ini.

Pemain baru England, Cleverley dan Welbeck dijangka menerima tawaran baru dengan penampilan lebih kerap musim ini.

Cleverley, 21, yang ketika ini menerima 15,000 (RM74,308) seminggu di Old Trafford dan berharap dapat menggandakan gajinya menerusi kontrak baru itu.

Welbeck yang dipinjamkan ke Sunderland musim lalu kini dalam perhatian sejak kembali dari Wearside dengan kontraknya bakal berakhir dalam tempoh dua tahun lagi.

Ini bukan kali pertama, Ferguson membina satu dinasti dengan era Beckham, Scholes, Giggs, Neville dan Butt sebagai sebahagian daripada legenda Old Traford.

Malah pemain lebih berusia seperti Patrice Evra, 30, turut bersetuju bahawa briged muda ini mempunyai potensi tersendiri.

Selepas kemenangan 3-2 ke atas City di Wembley dia mengakui mereka adalah pemain muda yang bagus.

“Mereka menakjubkan ketika pra musim dan mereka dialu-alukan ke dalam pasukan ini.

“Mereka perlu membuktikan kemampuan diri mereka dan menunjukkan mereka layak bermain untuk Manchester United. Itulah yang mereka lakukan dan saya bangga dengan mereka,” katanya.

“Kami membawa masuk pemain baru seperti Tom Cleverley yang menjadi masa depan skuad ini.

“Dalam usaha memenangi liga ini, pengurus tidak takut memberi peluang kepada pemain muda.

“Beliau sedar, mereka boleh membantu kami memenangi lebih banyak gelaran. Itulah cara Man United. Pengurus tidak menunggu atau berfikir ia terlalu berbahaya. Beliau tahu masa yang sesuai untuk menurunkan pemain muda itu,” katanya.

Evra percaya, terdapat persamaan dalam corak hantaran di antara Cleverley yang dipanggil menyertai skuad England kelmarin dengan Paul Scholes yang sudah bersara.

“Tom adalah pemain yang hebat. Saya harap dia mendapat lebih peluang musim ini.

“Di Amerika Syarikat, dia bermain dengan baik khususnya ketika menentang Barcelona. Pada separuh masa kedua, anda boleh lihat dia tidak gentar, mempunyai banyak tenaga dan Man United memerlukan pemain seperti itu.

“Dia seorang pemain pendiam, seperti Scholes. Dia tidak banyak bercakap dan hanya melakukan tugasnya di padang. Dia seorang yang cukup berahsia,” katanya.

Evra percaya persembahan hebat United di Wembley membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang perlu ditewaskan menjelang musim baru hujung minggu ini.

“Kami tidak perlu melihat kepada City atau sesiapa pun. Jika kami mahu mengekalkan gelaran, kami perlu bermain dengan cara Man United dan itulah yang kami lakukan ketika Perisai Komuniti.

“Saya sentiasa katakan, saya menghormati setiap pesaing kami, baik City, Chelsea, Arsenal, Liverpool atau sesiapa saja.

“Tetapi pasukan paling penting adalah Manchester United. Jika kami bermain dengan cara yang kami mampu, kami membuktikan kepada setiap orang bahawa kami mampu memenangi gelaran itu.

“Kami akan menjadi pasukan yang sukar ditewaskan. Kami tidak perlu bimbang mengenai yang lain, kami hanya memberi tumpuan kepada Manchester United,” katanya.

Sunday, August 7, 2011

Red Warriors terima bonus RM282,000

Posted by rinsaq 3:28:00 PM, under ,, | No comments

BARISAN pemain dan pengurusan Red Warriors dan Piala Presiden Kelantan yang menjuarai Liga Super dan Piala Presiden musim ini menerima bonus RM282,000 sebagai menghargai kejayaan pasukan masing-masing.

Daripada jumlah itu, pasukan Red Warriors menerima bonus berjumlah RM222,000, manakala skuad Piala Presiden Kelantan pula mendapat RM60,000 yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, kelmarin.


Annuar berkata pembayaran bonus kepada semua pemain dari kedua-dua pasukan itu sebagai hadiah bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang hujung bulan ini.

Beliau berkata, ahli majlis Kafa dalam mesyuaratnya Jumaat lalu mengambil keputusan untuk memberikan bonus tambahan berjumlah keseluruhan RM222,000 kepada barisan pemain Red Warriors kerana kejayaan menjulang trofi Liga Super buat kali pertama dalam sejarah.


Sumber : myMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...