Tuesday, June 21, 2011

Lebih ramai lelaki mati akibat rokok, arak

Posted by rinsaq 12:31:00 AM, under ,, | No comments

LONDON: Kemungkinan kematian sebelum usia 65 tahun di kalangan lelaki akibat terlalu banyak merokok dan minum arak adalah dua kali ganda berbanding wanita.

Satu kajian yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah menunjukkan 630,000 lelaki mati pada usia bekerja berbanding 300,000 wanita di seluruh negara kesatuan itu.


Dr Richard de Visser, dari Universiti Sussex, penyelidik utama kajian berkenaan memberi tumpuan khusus terhadap kesan alkohol, penggunaan dadah dan kelakuan seks yang berkait dengan kematian pramasa itu.

Beliau mendapati, di seluruh Eropah, 63 peratus lelaki merokok berbanding 45 peratus wanita. Dianggarkan, kira-kira satu daripada setiap tujuh kematian di rantau itu berkait dengan amalan berkenaan.


Kajian itu juga mendapati, lelaki lebih ramai minum arak berlebihan dan terbabit dalam penyalahgunan dadah berbanding wanita.


Di 23 daripada 31 negara, kadar kematian di kalangan lelaki akibat penyakit hati kronik adalah dua kali ganda daripada wanita. Dalam pada itu, 82 peratus yang mati akibat penggunaan dadah berlebihan juga adalah lelaki. - Agensi


Sumber : myMetro

Budak terperangkap di celah pendingin hawa

Posted by rinsaq 12:26:00 AM, under , | No comments


BUDAK lelaki itu ditarik keluar dari celah sebuah alat pendingin hawa oleh seorang lelaki.

BEIJING - Seorang budak lelaki berusia tiga tahun diselamatkan oleh seorang lelaki dengan menarik badannya keluar dari celah sebuah alat pendingin hawa dekat tingkat tujuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian itu berlaku apabila budak tersebut terjatuh dari balkoni apartmennya di tingkat lapan semasa dia tinggal berseorangan kerana ibu bapanya tiada di kediaman tersebut, baru-baru ini.

Jiran-jirannya yang mendengar bunyi jeritan budak tersebut bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. Namun, mereka mengambil tindakan sendiri apabila melihat budak tersebut tersangkut di celah alat pendingin hawa dekat tingkat tujuh. Seorang jirannya berdiri di tepi tingkap dan menarik lengan budak tersebut dari celah alat pendingin hawa itu untuk menyelamatkannya. - Agensi


Sumber : Kosmo!

Skuad Olimpik belum selamat

Posted by rinsaq 12:23:00 AM, under , | No comments


KIM SWEE (kiri) mengingatkan kepada anak-anak buahnya bahawa mereka perlu lebih agresif pada aksi kedua Khamis ini.


BIARPUN berjaya mengikat Lebanon 0-0 pada aksi pertama di Beirut kelmarin, skuad Olimpik negara masih belum boleh menarik nafas lega apabila perlu menghadapi baki 90 minit perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.

Kemenangan pada aksi kedua pusingan kedua itu nanti cukup penting bagi membolehkan skuad Olimpik negara mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012.

Pusingan terakhir itu membabitkan 12 pasukan terbaik benua Asia yang dipecahkan ke dalam tiga kumpulan dengan juara setiap kumpulan akan layak automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala naib juara merebut slot playoff.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, dia mahu anak-anak buahnya memberi fokus sepenuhnya terhadap perlawanan kedua di Bukit Jalil pada Khamis ini sekembalinya mereka ke tanah air pada pagi ini.

"Biarpun berjaya mengikat Lebanon di gelanggang lawan, kita sebenarnya masih belum melayakkan diri. Matlamat utama kita adalah untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

"Jadi kita tak boleh berasa terlalu bangga dengan pencapaian di Beirut ini. Memang ia satu keputusan yang baik tetapi tugas sebenar kita masih belum selesai.

"Kita masih ada 90 minit lagi untuk menentukan nasib kita ke peringkat seterusnya," kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung dalam cuaca panas terik di sebelah petang itu, skuad Olimpik negara tampil menguasai permainan babak kedua selepas kelihatan agak bertahan pada separuh masa pertama.

Pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor menjadi pemain yang paling banyak berjaya melakukan percubaan tepat tetapi ketiga-tiga percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Lebanon, Mohamad Dakramanji.

Penyerang utama, Izzaq Faris Ramlan pula gagal menghadirkan percubaan berbahaya ke gawang lawan manakala penggantinya, Syahrul Azwari Ibrahim yang masuk pada minit ke-57 terlepas peluang keemasan pada masa kecederaan.

Sementara itu, jurulatih Lebanon, Samir Saad nyata terkejut dengan aksi mantap yang dipamerkan para pemain negara sepanjang perlawanan kelmarin.

"Saya lihat mereka telah beraksi cukup baik, penuh sistem dan tersusun. Apabila melakukan serangan balas, mereka pantas turun untuk bertahan dengan baik," kata Samir.


Sumber : Kosmo!

Cas telefon bimbit guna periuk didih air

Posted by rinsaq 12:19:00 AM, under , | No comments


SEORANG kakitangan syarikat TES NewEnergy menunjukkan sebuah periuk yang menindih air boleh mengecas sebuah telefon bimbit dalam satu demonstrasi baru-baru ini.


TOKYO - Sebuah syarikat Jepun memperkenalkan kaedah terbaru mengecas telefon bimbit di luar rumah selepas bencana alam melanda iaitu dengan memanaskan sebuah periuk di atas unggun api.

Periuk terma elektrik tersebut yang dikenali sebagai Hatsuden-Nabe menukar haba air mendidih kepada tenaga elektrik yang kemudian disalurkan ke peralatan seperti telefon pintar, pemain muzik dan sistem pengesan kedudukan global.

Syarikat TES NewEnergy yang beribu pejabat di Osaka, mula menjual periuk itu di Jepun pada harga AS$299 (RM907) bulan ini sebelum ia dipasarkan di negara-negara membangun tidak lama lagi.

Periuk berkenaan dilengkapi bahan seramik termaelektrik yang menghasilkan arus elektrik melalui perbezaan suhu 550 darjah Celsius di dasar periuk dan air mendidih di dalamnya pada suhu 100 darjah Celsius.

Syarikat berkenaan menyatakan, gajet itu mengambil masa tiga hingga lima jam untuk mengecas sebuah iPhone dan para pengguna boleh memasak makanannya pada sama yang sama.

"Saya mendapat idea mencipta periuk ini apabila melihat rakaman televisyen yang memaparkan mangsa-mangsa gempa bumi membuat unggun api untuk memanaskan badan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif TES NewEnergy, Kazuhiro Fujita. - AFP


Sumber : Kosmo!

Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal

Posted by rinsaq 12:16:00 AM, under , | No comments


COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.

KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP\


Sumber : Kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...