Monday, May 30, 2011

RAJA EROPAH

Posted by rinsaq 1:53:00 AM, under ,,, | No comments

RAJA EROPAH...skuad Barcelona bersama trofi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan United di Stadium Wembley, semalam.
RAJA EROPAH...skuad Barcelona bersama trofi Liga Juara-Juara Eropah selepas
menewaskan United di Stadium Wembley, semalam.

BARCELONA: Lebih 100,000 penyokong membanjiri jalanan sekitar Barcelona sambil melaungkan 'Juara, juara', selepas Barca menundukkan Manchester United 3-1, sekali gus menjulang gelaran Liga Juara-juara, awal pagi semalam.

Dianggarkan 35,000 penyokong hadir memberi sokongan di pusat bandar Triumphal Arch, dengan menonton siaran langsung saingan penentuan di Stadium Wembley, London.


Mereka berteriak gembira, melepaskan bunga api dan menjulang replika trofi kemenangan meraikan gol pertama disumbang Pedro Rodriguez, disusuli gol Lionel Messi dan David Villa yang memastikan kemenangan.

Seluruh bandar meraikan kemenangan gamat dengan bunyian hon kenderaan dan trumpet, sejurus selepas wiset penamat. Malah, mereka turut membakar bunga api dan mercun di balkoni rumah masing-masing.


Penyokong melaungkan 'Barca! Barca!' dengan lengkap mengenakan jersi pasukan Barcelona dan mengibarkan bendera.


Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique meraikan pasukannya di laman sosial Twitter dan berkata, mereka akan ke konsert penyanyi popular, Shakira yang juga teman wanitanya.

“Juara, Juara! Terima kasih yang tidak terhingga. Esok di Barcelona dan kita akan meraikannya di konsert Shakira, di Stadium Olimpik,” katanya yang dipetik di Twitter.

Pique yang juga bekas pemain Manchester United, berkenalan dengan Shakira tahun lalu ketika turut serta dalam penggambaran klip video penyanyi itu, 'Waka Waka (This Time for Africa)', iaitu lagu rasmi pusingan akhir Piala Dunia 2010 yang menyaksikan Sepanyol bergelar juara.

Sementara itu, di sekitar kawasan kelab malam Paralelo, penyokong membanjiri setiap bar dan menonton siaran langsung yang disiarkan di kaca televisyen.


Sejurus saingan tamat, mereka berlari ke pusat bandar, menuju ke air pancut Canaletas, iaitu lokasi kebiasaan buat penyokong Barcelona meraikan kemenangan terbesar mereka. - AFP

Sumber : myMetro

Sunday, May 22, 2011

Ronaldo di puncak kejayaan

Posted by rinsaq 10:10:00 PM, under ,,, | No comments

MADRID - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya memecah rekod penjaring terbanyak Liga Sepanyol dengan meledak keseluruhan 40 gol.

Pada aksi terakhir liga di Santiago Bernabeu awal pagi semalam, Ronaldo meledak dua gol untuk membantu Real membelasah Almeria 8-1 dengan baki enam lagi gol di- sumbang oleh Emmanuel Adebayor (tiga), Karim Benzema (dua) dan Joselu (satu).

Sebelum turun beraksi, Ronaldo berkongsi rekod jaringan terbanyak 38 gol yang dilakukan bekas pemain Athletic Bilbao, Telmo Zarra pada 1951 dan le- genda Real, Hugo Sanchez (1990).

Dengan kejayaan menyumbat 40 gol pada saingan Liga Sepanyol musim ini, Ronaldo buat pertama kali berjaya merangkul anugerah Pichichi selaku penjaring terbanyak.

Ia pastinya sedikit mengubat kekecewaan Ronaldo yang hanya mampu merangkul satu piala iaitu juara Piala Raja-Raja Sepanyol musim ini setelah dia beraksi dua musim bersama Real.

"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang membantu usaha mendapatkan 40 gol ini. Anugerah Pichichi ini ditujukan kepada mereka dan juga semua penyokong Real.

"Biarpun musim ini tidak begitu memihak kepada kami, jurulatih mahu kami menjaringkan banyak gol supaya kami dapat memulakan musim depan dengan penuh harapan.

"Menjaringkan 102 gol dalam semusim sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tidak mustahil ia mampu diulangi musim depan tetapi memang ia cukup sukar," kata Ronaldo.

Sementara itu, tiga pasukan yang tersingkir daripada saingan Liga Sepanyol musim depan ialah Deportivo La Coruna, Hercules dan Almeria. - AFP


Sumber : Kosmo!

Liverpool cabar United


DALGLISH masih menganggap Liverpool memiliki rekod cemerlang berbanding United di pentas Eropah.


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish secara sinis mencabar musuh tradisi mereka, Manchester United supaya menyamai terlebih dahulu rekod lima gelaran Liga Juara-Juara yang dimenangi skuad The Reds.

Peringatan dibuat Dalglish itu dibuat menjelang aksi final Liga Juara-Juara menemukan United dan Barcelona di Stadium Wembley pada awal pagi Ahad ini.

Bagi Dalglish, sekiranya United muncul juara Liga Juara-Juara musim ini, kelab tersebut masih kurang satu kejuaraan berbanding rekod lima kejuaraan yang dimiliki Liverpool.

"Jika penyokong United boleh membawa kain rentang yang tertulis perkataan 'United juara 19 kali' di Anfield minggu lalu, mungkin kami boleh bawa kain rentang tertulis lima kejuaraan Eropah milik Liverpool ke Old Trafford musim depan.

"Pada saya, tak kiralah apa yang difikirkan oleh United. Bagi saya, Liverpool tetap kelab paling penting buat jutaan penyokong di seluruh dunia.

"Sama seperti Everton yang menjadi kelab penting untuk sesetengah orang.

"Apabila terdapat seseorang yang meletakkan kami sebagai kayu pengukur untuk mencapai sesuatu kejayaan, kami tak percaya yang kami ini sebuah kelab yang teruk.

"Kami rasa kami perlu meletakkan ketetapan yang betul untuk terus maju. Kami mahu meningkat pada tahun ini dan kami akan cuba mencapainya selepas ini," kata Dalglish.

Minggu lalu, rekod 18 kejuaraan Liga Perdana England milik Liverpool telah dipecahkan oleh United apabila mereka mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-19 musim ini.


Sumber : Kosmo!

Sunday, May 15, 2011

Nasib tidak menyebelahi Pasukan MS13Q

Posted by rinsaq 1:30:00 AM, under ,, | No comments

Pasukan MS13Q hanya mampu menduduki tempat keempat dalam pertandingan futsal anjuran Liga Liverchester United. Pasukan ini (saja guna nama pasukan MS13Q sebenarnya pasukan Rinsaq hehehehe....nak buat kejutan la katakan) telah bermain berhempas pulas untuk menjinakkan pihak lawan namun nasib tidak menyebelahi.

Minggu lalu, Pasukan MS13Q hanya menduduki tempat kedua dalam peringkat kumpulan sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir (dua kali seri dan dua kali menang).

Pagi tadi, dalam perlawanan suku akhir Pasukan MS13Q telah menumpaskan pasukan AKKA MOTG (Menang sepakan penalti setelah terikat satu sama dalam perlawanan). Dalam peringkat separuh akhir pula, Pasukan MS13Q telah dikalahkan oleh pasukan Bakut FC (betulkan ya kalau silap). Seawal 5 minit pasukan ini telah dibolosi dengan 3 gol jaringan mudah. Berkat keyakinan dan usaha serta semangat yang tidak jemu-jemu menyerang akhirnya sebelum wisel dibunyikan Pasukan MS13Q telah dapat menidakkan pasukan Bakut FC (betulkan ya kalau silap) untuk menang mudah dalam perlawanan tersebut. Siapa sangka dah kena bolos 4 jaringan masih mampu mengejar sehingga terikat 4-4. Namun nasib tidak menyebelahi, sepakan penalti terakhir (setelah 3 tendangan penaliti pun masih seri dan satu tendangan penalti pun masih juga seri) menentukan nasib Pasukan MS13Q untuk tidak layak bermain di perlawanan akhir (cuba lagi yer..boleh tu).

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pasukan MS13Q sekali lagi dapat mengikat pasukan Brother FC dengan jaringan 3-3 (peringkat kumpulan pun seri 3-3 juga) sekaligus sepakan penalti menjadi penentu untuk menempatkan pasukan MS13Q sekadar di tempat keempat sahaja.

Di bawah gambar Pasukan MS13Q yang sempat diambil

























Wednesday, May 4, 2011

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Posted by rinsaq 6:00:00 PM, under ,,, | No comments

Bermula tengah malam tadi, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM). Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dikatakan berpunca akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON 95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.


Sumber : Malaysiakini

Tuesday, May 3, 2011

Cita-cita, inovasi Accord penuhi keinginan pengguna

Posted by rinsaq 10:44:00 PM, under ,,, | 2 comments

Yoichiro bersama Honda Accord Generasi kelapan.

SEMPENA meraikan tahun ke-35 model jualan terbaik Honda Accord, Honda Malaysia Sdn Bhd mengambil pendekatan bagi memastikan jenama Accord yang dikeluarkan sejak tahun 1976 tidak dilupakan oleh semua pengguna yang setia dengan memperkenalkan pelbagai perubahan inovasi.

Seiring dengan perubahan zaman, satu pameran fotografi nasional yang berjudul The Journey of Ambition dengan mempamerkan legasi Accord dan perjalanannya sepanjang lapan generasi inovasi, ditampilkan secara artistik melalui tiga jurugambar tempatan.

Nama Accord diperoleh daripada usaha tanpa jemu Honda untuk mencapai keharmonian masyarakat melalui automobil dengan teknologi terkini. Ini mewakili kejuruteraan yang bercita-cita untuk terus berinovasi dalam rekaan dan teknologinya bagi memenuhi keperluan mobiliti masyarakat. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pameran ini dibuat bagi mengembalikan sejarah Accord yang berkembang di seluruh dunia dengan inovasi enjin yang dilakukan untuk keselesaan pengguna.

“Accord telah dihasilkan sejak 35 tahun lalu dan dalam tempoh itu pelbagai perubahan boleh dilihat dan hasilnya semakin baik tahun demi tahun. Accord terbaru yang dihasilkan kini menggunakan kaedah model generasi kelapan yang lebih bercitarasa tinggi dengan gaya kemewahan serta prestasi pemanduan yang maksimum.

“Selain mensasarkan pengguna, pameran ini turut menampilkan citarasa tinggi jurutera Honda yang memahami kehendak pengguna,” katanya.

Sejarah Accord selari dengan sejarah pengeluaran kereta Honda, dengan pertukaran model sebanyak lapan kali dalam tempoh 35 tahun. Kini dijual di 160 buah negara, Accord adalah kereta global yang menjadi pilihan dengan jualan terkumpul melebihi 18 juta unit dari 1976 hingga 2010.

Kejayaan model Honda begitu jelas terutamanya di AS, menjadi kenderaan berjenama Jepun yang pertama dikilangkan di situ pada 1982, dan merupakan kereta Jepun dengan jualan terbaik selama 15 tahun hingga 1996.

Sehingga kini, Accord terus melalui evolusi, selaras dengan semua perubahan yang berlaku di dunia dan dalam teknologi Honda. Generasi kelapan Accord sedia ada di jalan raya sejak 2008, dengan gabungan kualiti yang tiada tandingan serta peningkatan keselesaan dalam pemanduan.

Revolusi Accord generasi pertama hingga model terkini:

Generasi Pertama (1976 – 1981)

Accord mendapat kejayaan segera apabila ia mula diperkenalkan sebagai kereta hatchback tiga pintu pada 1976. Accord diterima baik kerana ia memenuhi keperluan dari segi ruang, keselesaan pemanduan dan gaya.

Ciri-ciri unik Accord termasuklah enjin Compound Vortex Controlled Combustion (CVCC) baru yang dibangunkan oleh Honda. Ia adalah enjin pertama Jepun yang mematuhi syarat ketat Akta Udara Bersih 1970 AS, yang melayakkan kereta buatan Jepun memasuki pasaran AS dengan stereng berkuasa boleh laras dengan kelajuan dan transmisi pacu lebih Hondamatic (transmisi automatik hak milik Honda).

Accord 1976 dipacu oleh enjin 1.6-liter dan CVCC 4-silinder. Susun atur dalamannya memiliki tempat duduk selesa, kawalan logik/kedudukan tolok dan gear suis bermutu tinggi.

Generasi Kedua (1981 – 1985)

Generasi kedua Accord diperkenalkan pada 1981. Dengan sasaran sebagai kereta kompak bergaya, ciri mekanikal, bahagian luaran, dalaman serta kemasan akhir semuanya mewakili tumpuan terhadap kualiti. Reka bentuknya diubah dan digayakan semula untuk mencerminkan rupa dan rasa yang lebih mewah berbanding generasi pertama.

Walaupun secara mekanikal ia hampir sama dengan generasi pertama, terdapat peningkatan ketara dari segi teknologi, iaitu Programmed Fuel Injection (PGM-FI) atau sistem suntikan minyak dikawal secara elektronik, sistem brek anti-kunci 4-tayar (ABS); dan transmisi automatik penuh 4 kelajuan Hondamatic dengan mekanisme kunci.

Penonjolan ketara bagi Accord tahun 1982 merupakan kereta sedan Jepun pertama yang dikeluarkan di AS. Ia juga adalah tahun di mana Accord menjadi Kereta Jepun Jualan Terbaik di AS, rekod yang kekal selama 15 tahun sehingga 1996.

Generasi Ketiga (1985 – 1989)

Honda Accord Generasi Pertama

Honda melakukan satu loncatan apabila memperkenalkan Accord generasi ketiga pada 1985. Ia lebih besar dari segi kapasiti enjin dan ruang dalaman, lebih baik dari segi teknologi dan lebih bergaya dengan bahagian luaran yang lebih sporty.

Dengan penampilan yang lebih bergaya, model Accord ini adalah kenderaan pacuan hadapan yang pertama dunia dengan suspensi tulang selangka berganda 4-tayar untuk kelas pacuan tayar enjin hadapan. Prestasi injin dipertingkatkan dan dua pilihan disediakan untuk pelanggan, iaitu enjin DOHC 1.8-liter dan 2.0-liter.

Generasi Keempat (1989 – 1993)

Walaupun ramai yang memperkatakan tentang keperluan kereta sedan kecil dalam tahun 90-an, Honda telah melakukan kajian mendalam tentang fungsi asas kereta dan membangunkan semula Accord secara keseluruhan dengan memberi perhatian kepada keperluan pengguna. Peningkatan utama adalah memperkenalkan sistem beg udara di tempat duduk pemandu yang boleh menyelamatkan nyawa.

Accord generasi keempat yang lebih besar dan berkuasa menjadi lebih popular. Penampilan gaya luaran dan dalamannya lebih kepada selesa dengan garis pinggang yang lebih rendah, tingkap yang lebih besar dan tiang atap nipis yang mengurangkan titik buta pemanduan.

Dari segi mekanikal, sistem karburetor sudah tidak dipakai lagi kerana sistem suntikan minyak dibuat selaras untuk semua Accord. Enjin baru 2.2-liter, 16-injap menggantikan model terdahulu 2.0-liter, 12-injap, dan disertai dengan aci pacu pengimbang kedua.

Semua Accord juga dilengkapi dengan transmisi automatik yang menggunakan kawalan belakang elektronik untuk mengurangkan bunyi dan gegaran.

Generasi Kelima (1993 – 1998)

Accord 1993 dipertingkatkan lagi berbanding model sebelumnya dalam banyak segi iaitu lebih kuasa untuk semua enjin; transmisi automatik 4-kelajuan kini digabungkan dengan sistem kawalan elektronik Grade Logic bestari bagi semua transmisi automatik (yang menghalangnya daripada bertukar antara dua gear semasa menaiki bukit, dan merendahkan gear apabila menuruni bukit curam); dan ruang dalaman yang lebih ergonomik dengan ciri-ciri keselamatan seperti beg udara berkembar di hadapan dan rusuk impak sisi yang diperkukuh. Strukturnya adalah lebih kukuh dan reka bentuknya lebih aerodinamik untuk pemanduan yang lebih senyap dan kawalan yang lebih baik.

Enjin VTEC (Variable valve Timing and lift, Electronic Control) baru diperkenalkan kepada versi 2.2-liter 4-silinder dengan brek anti-kunci, roda aloi 15” menggantikan roda besi 14”, cakera brek 4-tayar dan palang penstabil belakang.

Generasi Keenam (1998 – 2003)

Pasaran Honda menjadi semakin besar dengan pengenalan Accord generasi keenam. Accord Sedan dibangunkan berdasarkan konsep ‘sedan sport termaju’.

Kereta generasi baru menampilkan pelbagai teknologi yang dapat melindungi alam sekitar dan memberikan keselesaan pemanduan melalui prestasi injin dan casis. Dari segi enjin, lebih banyak pilihan ditawarkan untuk sedan, antara injin DOHC VTEC 1.8-liter atau 2.0-liter.

Untuk pertama kalinya, suspensi belakang tulang selangka berganda 5 pautan yang baru diperkenalkan bagi Accord generasi keenam. Lebih kemas secara geometri, suspensi tulang selangka berganda ini memberikan kawalan yang lebih stabil.

Honda juga meningkatkan standard keselamatannya dengan menggabungkan fungsi Irregular Driving Detection yang pertama pada semua Accord. Alat ini dapat mengesan pemanduan tidak normal dan memberitahu pemandu melalui penggera visual dan bunyi.

Generasi Ketujuh (2003 – 2008)

Honda Accord Generasi Ketiga

Pada 2003, model Accord generasi ketujuh yang baru adalah satu daripada model global teras Honda. Ia telah melalui perubahan dramatik dalam sejarah 27 tahun, menjanjikan gaya tahap dunia, prestasi dinamik dan kemewahan.

Terdapat pilihan enjin DOHC 2.0-liter, i-VTEC DOHC 2.4-liter dan V6 VTEC SOHC 3.0-liter yang pertama, generasi ketujuh ini mempamerkan meter bercahaya kendiri, transmisi automatik 5-kelajuan yang menggunakan klac geseran rendah, pengubah tork kecekapan tinggi, gear lahu barisan berganda dan drive-by-wire Electronic Throttle Control System.

Sedan 3.0-liter V6 ditawarkan dengan transmisi automatik 5-kelajuan di Malaysia. Reka bentuk suspensi tulang selangka berganda yang cemerlang dikekalkan dan diubah sedikit bagi ciri-ciri kawalan padu dan pemanduan yang lebih terkawal.

Semasa ulang tahun ke-30 Accord pada 2006, model utama Honda menerima perubahan reka bentuk yang lebih elegan. Perubahan paling ketara adalah gril hadapan dan bampar belakang yang baru, lampu brek ketiga yang dipasang tinggi dan lampu belakang LED.

Generasi Kelapan (2008)

Honda Accord generasi kelapan mengubah dunia pengangkutan ke arah yang lebih kemas, dinamik dan sofistikated dengan rangkaian teknologi inovatif yang lebih hebat, direka untuk lebih kuasa, lebih cekap dan keselamatan yang dipertingkatkan.

Di antara inovasi teknikal termasuk enjin 3.5-liter yang pertama dengan bahan bakar ekonomi dan persekitaran Variable Cylinder Management System (VCM), yang membolehkan keseimbangan optimum antara bahan bakar ekonomi dan elektrik, manakala penyulingan pengendalian stereng Variable Gear Ratio (VGR) kemudi, yang memberikan kestabilan yang lebih baik, lancar, serta pengendalian yang lebih responsif, dan pusingan radius yang lebih kecil.

Shift Hold System yang mengurangkan pengeseran gear pada saat apabila membelok atau percepatan bekalan selepas putaran dan menggabungkan ciri-ciri keselamatan dengan teknologi yang canggih seperti G-Force Control Technology, struktur badan Advanced Compatibility Engineering (ACE), ciri-ciri keselamatan pejalan kaki, sistem beg udara yang maju dan Vehicle Stability Assist (VSA).

Perubahan Minor Model 2011

Gabungkan semua teknikal yang inovatif dari generasi kelapan, Accord 2011 adalah satu kenyataan akan kecanggihan dengan ciri-ciri yang ditambah dan reka bentuk yang unggul.


Sumber : mStar

Barcelona ke final singkir Real

Posted by rinsaq 10:29:00 PM, under ,,, | No comments


LONDON: Barcelona menepati ramalan apabila layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi.

Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai kelebihan dua gol di tempat lawan minggu lalu mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-54.

Real bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Marcelo 10 minit kemudian.
Ini bermakna Barcelona akan bertandang ke final di Stadium Wembley, England, 28 Mei ini bagi bertemu sama ada Manchester United atau Schalke 04' yang ditentukan esok.

Minggu lalu, United menang ke atas Schalke 2.

Sumber : bharian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...